tabung ayam

Followers

Thursday, December 1, 2011

kalah dengan diri sendiri untuk malam ini

ASSALAMUALAIKUM

bila tengok balik masa lepas
aku menangis
rasanya baru semalam air mata mengalir
baru semalam
hakikat yang aku tak suka menangis

tak tahu kenapa mesti malam ini
tatkala teringat kembali semua kekalahan
dalam perlumbaan dunia
aku menangis
kenapa bukan aku yang menang? kenapa.

aku selalu tahan diri menangis
tak nak nampak lemah
pura-pura rasa tenang
aku hanya ada diri aku untuk tenangkan
tak tercapai akal bila nak orang yang memujuk
bila aku sendiri tak pandai memujuk
tak pandai aku nak meminta bila aku sendiri tak pernah memberi

tak tahu syaitan mana yang menghasut
malam ini
aku rasa berada di garisan
bila mana rasa diri ini terlalu penat untuk berjuang
terlalu penat sampai aku rasa aku aku patut berhenti

bila terkenang semua usaha
aku menangis
tak tahu sama ada perlu terus maju
atau berhenti
taknak ia sia-sia
tapi hakikatnya
segala masalah aku mahu dicampakkan ke mana?

hingga sekarang
ia menitis lagi

#dirisebelahlagi
.
.
.
BYE



p/s: speechless.

4 buat conclusion:

Lelaki Ini said...

adeyh2
tak mo sedeyh2!

kuat sikit okeyh!

kura said...

jgn la menangis. nanti nanti la dulu.. hahha

ArELeEz said...

kehidupan mane yg selau 'menang'? sekali-sekala, pasti 'kalah' dtg. baru la hidup tu b'variasi. pelbagai rencah.. macam masakan. klu 1 ramuan jer makan hari2, musti jemu! tp, klu hari nie kicap, sok masak lemak, lusa pedas, baru la ada ummpphhh! ape2 pun, yg 'kalah' jgn putus asa. yg 'menang' jgn bangga diri.

Maira Junoh said...

kau tabah nor ! aku tahu